Wednesday, February 3, 2016

Cizkut2 Cinta jia_tiramisu

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Hi gais... Waaa lamanyaa Jia xupdate entry... okay.. let's just assume ini entry yang tertunggak selepas Jia bz dgn (game) bisness amatur Jia... which is Cizkut2 Cinta dan Triffle Qaseh Suci.. haaa nak tau kenapa nama makanan tu jiwang amat? sebabnya... Jia jiwang (opss.. tiada dalam senarai) makanan tu full filled dengan penuh kasih sayang haa... tu laa sebab nama2 makanan ni amat lah gojess... hah amek kaw..

Hahahahaa...

Hmm actually.. Jia dah hampir sebulan tumpang letak kat koperasi sekolah dan tumpang letak kat kedai Ummi Ila... kedai ape? kedai Burger Mahsuri... dan kadang-kadang sampai tak sempat pun nak letak sebab order daripada promoter Jia (Hadek2ku tersayang) terlebih-lebih kapasiti dari ape yang diorang mintak... dan bila melihat customer yang asyik request lebih banyak.. Jia terfikir untuk try pasaran yang lebih besar lg... which is online market... jual kat mana? ok macam ni.. as for now Jia nak try kawasan sekitar Jitra dulu.. sebab Jia amatlah amatur lagi dalam dunia bisness ni..

Ok foine... selalukan Jia hado belanja gambaqkann.. nah cheq belanja kat hangpa semua Cizkut2 Cinta punya selpiaq 3 keping nih... credit to My sis Didi (good job for this splendid picture uwww :3)

nampak tak Biskut tu beramah mesra dengan cheese tu memanggil2 je korang untuk try dia...

RM 2 hengget je yang bekas kecik tuu mak jemah oiii... no harm to try isn't?

Bekas besar tu RM 5 je... tapi MasyaAllah... cheese tu beladongg nok.. hah amek kaww..

Hei Cheese lovers take this opportunity.. what are you waiting for?



By the way (btw) Triffle Qaseh Suci Jia belum sempat nak shooting die selfie asyik habeh jaa.. laju besezupp je habeh...

Opss.. sebelum terlupe.. Jia pause dulu menjual Triffle Qaseh Suci dan Cizkut2 Cinta sebab cheq tak brapa sihat sikit.. and In Shaa Allah Jia open order pula selepas Chinese New Year nt...


Sekian laa corat coret Jia untuk entry tertunggak kali ni..
Peace yaw! aiceyh pooodah

Wednesday, January 6, 2016

Bila Rinduku Bertaut Bersama Kenangan (3)...

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

" Ia dekat tapi jauh.. Terasa hadir namun tidak kelihatan.. Sewaktu bersama ibarat anjing dan kucing.. tapi bila berjauhan baru terasa erti sebuah kerinduan.. Dan itulah teman..."
Yuuhuuu apa khabar gais... Jia harap semua berada dalam keadaan sihat belaka.. So post kali ni Jia nak sambung post tautan rindu part 2 hari tu.. Oke post hari tu Jia ada bagi tahu ada pertukaran ahli kannn? haa.. So.. post kali ni Jia na bagi tau laa sapa yang menjadi penggantinya..

Sebelum tu korang nak tau tak produk ape yang kitorang telah buat? Oke dengan meminjam idea daripada seorang hamba Allah, kami telah menginovasikan pisang goreng cheese kepada Crispy Banana Cheese (CBC)... Masa tu pisang goreng cheese belum famous lagi..

Inilah Crew kami... daripada kiri Nami, Afiq, Kamil, Thurga, Wanie, Jia dan Syeera
Wanie jarang kelihatan kerana dia kena jadi runner disebalik tabir..

Korang boleh bayangkan tak.. Didalam sebuah dewan, masa orang baca doa... Jia, dengan Syeera terpaksa pergi tengokkan pisang tu sebab dah letak dalam minyak panas dan dimasak didalam periuk nasi.. (Terima Kasih Syuhada sebab bagi pinjam periuk nasi) So bila buka je penutup periuk tu.. bau wangi pisang goreng tu semerbak didalam dewan.. dan booth kami telah diserang.. bagai pirana kelaparan..

Cik Syeera sedang menggoreng CBC dan si kembo pun sibuk mengajaknye berselfie..
Nasib baek syeera pandai menggoreng tak hangus.. lol
Afiq tengah khusyuk menghafal untuk presentation nanti..
Nami serve Puan Mai dengan CBC
Thurga tengah bz menggoreng.. Syeera bz tolong Wanie setup pc..
Wahh.. Kamil pula time ni bz mengayat memberikan penerangan.. haha

Tekun sungguh diorang ni buat keje..
Kunjungan hormat daripada VVIP pada hari tersebut..

Kitorang menghidang CBC dengan cara lepas digoreng, CBC diletakkan sedikit sos istimewa yang dirumus khas oleh Jia sendiri dan letak topping tapi sayang.. gambar CBC tak sempat tangkap masa tu sebab terlalu ramai orang serbu.. bayangkan la sampai display frozen (kononnye) pun kitorang terpaksa buka lepas juri datang sebab stok dah nak habis.. dan kena amek pisang display tu kena buat lagi pengunjung merasa.. CBC yang sepatutnya dijual pun terpaksa ambil buat tester hahahaa.. lebih 150 CBC hari tu digoreng..

Wefie kami sebelum menunggu keputusan pertandingan..
Opppsss.. terlupa pula Jia na berterima kasih pada Eja (berbaju hitam) and the crew sebab dah banyak bantu dari segi hiasan meja.. Alhamdulillah.. syukur dapat kawan-kawan kelas yang banyak membantu time ni..
Fuhh... Sungguh tak sangka sambutannya pada hari tu amat memberansangkan.. Jia amat berterima kasih pada rakan-rakan seperjuangan sebab mereka telah banyak membantu sehingga kami mampu meraih kemenangan.. Alhamdulillah.

Kamil mewakili kumpulan kami untuk naik pentas terima hadiah...
Alhamdulillah.. top 3.. Rezeki ni kita tak boleh nak duga... lakukan sehabis baik dan berserah..
Tergambar kegembiraan kami especially Nami...
Terima Kasih kepada Mereka semua yang telah terlibat dalam pertandingan ni.. Semoga jasa kalian Allah sahaja mampu membalasnya..

Terima Kasih pada mereka yang sudi berkunjung ke booth kami pada hari tersebut.. especially...

 



Sekian Sahaja Corat Coret Jia kali ni.. Sehingga bertemu lg di entry lain.. Assalamualaikum..









Monday, January 4, 2016

Bila Rinduku Bertaut Bersama Kenangan (2)...

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

" Rindu itu adalah sebuah anugrah yang hadir ibarat sepintas angin lalu yang menyentuh perasaan dan merantai dikalbu... "

Haaa... jiwang tak kata-kata diatas?

Well.. Jia nak sambung post tautan rindu part 1 hari tu.. Oke.. Post hari tu kami berada di makmal kann...? Haaa.. post kali ni Jia nak share masa kitorang kena masuk pertandingan anjuran subjek Bahasa Inggeris masa di sem 3..

Cerita tentang pertandingan Bahasa Inggeris ni mulanya selepas presentation.. Pensyarah kami Puan Nor Rulmaisura menyatakan yang nanti akan ada pertandingan mewakili jabatan.. Setiap Jabatan kena hantar 1 wakil.. lepas bertanding antara kelas.. Kumpulan kami terpilih untuk mewakili Jabatan...

Saringan Pertama kami (bertanding dengan kumpulan dalam kelas yang sama).. Kumpulan kami telah mereka cipta produk Jus minda.. Jus diperbuat daripada campuran Kismis dan Kurma.. dan diberi nama QissMaa...

Produk dalam botol tu kami proses sendiri.. Dan kotak tu hanya display...

Mek Siti (Kiri), Thurga, dan Nadzirah...
Ni laa.. Ahli kumpulan asal... Jia tukang tangkap gambar...

Haaa.. Sambutannya sungguh memberansangkan.. sebab campuran kedua-dua bahan tu kitorang x letak gula pun.. bergantung pada manis kurma dan kismis yang ada...

Selepas menang tu,, Lecturer tanya sama ada masih nak guna produk sama atau nak tukar... Pastu time tuu.. idea tengah mencurah-curah.. So.. kami decide untuk tukar produk yang nak dibawa ke pertandingan antara jabatan tu...

Namun begitu.. (haha aiceeewah.. mcm karangan je pulak rasenye) Masa pertandingan tu ahli kumpulan terpaksa ditukar ganti.. sebab dua lagi ahli time pertandingan tu ada sedikit kekangan.. mereka kena jadi ajk program lain...

So.... Perbincangan dengan Pensyarah telah dilakukan selepas menyenaraikan nama-nama orang yang boleh menjadi pengganti... Haaa... Nak tahu siapa ahli-ahlinya?? Hehee... nantikan entry yang ketiga.. tungguu...

 Sekian corat coret Jia... Assalamualaikum..
















Sunday, January 3, 2016

Bila Rinduku Bertaut Bersama Kenangan (1)...

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Kenang Daku dalam Doamu...
Hi gais.. Ayat kat atas neh macam cliche sangat je kann?? hahahahaa... Musim- musim sekolah neh.. tetibe Jia teringat pulak time belajar kat Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah dekat Pahang dulu... then terfikir... korang pernah tak scroll gambar-gambar lama dan senyum sensorang...? hahahaa.... haaaa... ntah mengape (aiceyyywah keyel laa pulok) lately Jia suka scroll balik gambar-gambar lama rasa rindu la pulak pada masa-masa tu.. ada kenangan pahit.. ada kenangan manis.. both kenangan memberi kita pengalaman dan pengajaran hidup.. Kenangan time belajar memang best pada mereka yang memilih untuk menghargainya.. So... Jom throwback...

Berikut adalah kenangan dalam Makmal semasa sesi pembelajaran
Amali 1
Mengkaji perbezaan kentang goreng original dan kentang yg telah dilarutkan bersama bahan pengawet.

Amali 2
Perbincangan tentang cili boh yang original dan yang ditambah bahan pengawet..

Rakan lelaki seperjuangan sedang mendengar penerangan daripada Puan Penyelia kami.. 

Merekod data cili boh yang telah dijalankan..

Khas buat rakan-rakan seperjuangan cheq.. Hangpa egat tak lagi pada kek ni..

Adunan Kek Red Velvet
Turns to Black Salty Velvet cake..
p/s: Hahahahaa... cheq mintak maaf kerana hasilnya jadi masin sangat... (salah cheq) tp nasib baik lecturer puji kek kelas kita paling sedap.. topping yang dihasilkan memang the best sebab dapat cover.. lol.. tp kesian korang tanak makan kek tuu.. XD biyanne~~

Kenangan bersama takkan dilupakan.. In Shaa Allah..

Bersambung Part 2 nt....

Sekian Corat Coret Jia.. Assalamualaikum..

Saturday, January 2, 2016

Botengkek tengkek bunyiknyer


اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Uik.. Oii syeikh.. oii syaripah...
Hang makan burger apa jaa neh yang macam sedap ja nie...?

Nie mai laa sini kami nak bisik bg taw kat hangpa.. nie laa burger Mahsuri a.k.a burger BOTENGKEK-TENGKEK... even thou Jia bukan laa food hunter.. tapi serius habaq.. hangpa kalau mai tang Jitra tp tak singgah makan burger Mahsuri neh.. mcm tak lengkap laa baq ang..

Harga serendah RM 5 mana nak dapat zaman laa neh kak cik- kak cik oii... Mai cheq na habaq bagi hangpa kecur air lioq basi tu sampai meleleh-leleh.. sebab burger neh diperbuat...

Dengan lapisan roti dan hirisan sayoq2 segaq.. pastu letak daging burger ramly.. dan diikuti telur ayam.. pastu lapis lg dengan daging burger ramly.. pastu telur ayam lagi sekali.. dan hirisan sayur serta sos yang dibuat sendiri oleh tokei.. hang tengok je laa sendiri... sekali dia boh tuu berladung (melimpah-ruah) sosnya tuh... perghh baq hang... nak pi? neh Jia bagi peta sumber daripada tokei (fb tokei dia) dia sendiri..


Jia recommended for you to go.. Buka Sabtu sampai Khamis, 5 petang sampai pukul 11 lebih... btw hangpa better dapatkan contact tokei dia sebabnya.. takut hangpa mai tp burger dah habeh kena tempah ngan orang laen.. sebabnya beratoq ooow orang nak makan burger neh.. So good luck mencuba...


Sekian Corat Coret Jia... Assalamualaikum

Friday, January 1, 2016

Bila Hang Rindu Kenangan Lepas

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sahabat seperjuanganku yang bersama saat jatuh bangunku di sem akhir :
Akmal, Yaya, Anis

Sahabat itu seperti bintang, tak mungkin selalu ada dan tak mungkin selalu jumpa tapi.. hang akan selalu ingat depa kat dalam hati.. Even ada salah dan silap.. kau boleh pejam mata akan salah silap depa sebab kita manusia tiada yang sempurna..

Weh aku nanak tanya hangpa.. pernah dak hangpa dapat seorang rakan yang sanggup tinggalkan kelas semata-mata nak jaga hangpa kat hospital sebab family hangpa jauh...?

Oh well.. Alhamdulillah aku ada.. dan aku rasa aku sangat-sangat bertuah kenal dgn dia..

Hari Pink dalam Bas

Sebagai manusia muhong sangat laa kalau aku habaq sahabat aku baek gila sampai xdak salah apa.. dan muhong gila kalau aku habaq aku pun xpernah buat salah ngan dia.. tapi Alhamdulillah.. jodoh kami nak bersahabat sampai sekarang.. 

Resepi rahsia aku dalam bersahabat..? 

Menerima kekurangan dan memaafkan kekhilafan yang telah dilakukan oleh sahabat tanpa dia minta. Mencari chemistry dalam perhubungan. Tu ja..

Sekian Corat Coret Jia... Assalamualaikum...

Thursday, December 31, 2015

Tahun Baru Sudah Menjelma.

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat Tahun Baru

Oh ya! Ini Entry pertamaku.

Namaku Najihah, lebih selesa dengan gelaran Jia. Hmm Tahun Baru baru ja mai tak sat... Apa planning aku.. Apa azam aku.. Hmm.. ntah aku pun tak taw sebenaqnya apa yang tersurat serta yang tersirat untuk aku tahun ni.. harapnya tahun ni lebih menarik berbanding tahun lepas. Harapan takkan menjadi nyata kalau hangpa tak melaksanakannya. Better hangpa save kt diri hangpa dulu sebelum share dgn orang laen, sebab x semestinya apa yang kita nanak tu kita akan dapat.

Btw.. setiap kali tahun baru, pasti ada jaa orang bertambah umoqnya.. tak terlepas juga sahabat dunia akhirat aku ni... Cik Fiqa...

Best Friend Till Jannah #BFTJ

Sahabat itu bukan dicari apabila bosan dan sunyi.. Sahabat itu bukan diukur pada rupa dan kecantikan.. Sahabat itu bukan juga dilihat pada kesempurnaannya.. TETAPI... sahabat itu adalah insan yang selalu ingat mengingati.. selalu bersama saat senang mahupun sukar.. sahabat itu adalah lengkap melengkapi.. itu definisi sahabat bagiku.. 

Sekian Corat Coret Jia,.. Assalamualaikum